Wednesday 25 July 2018


Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Keistimewaan Makanan Di Johor

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan yang mengikut ciri-ciri tempatan. Walaupun setiap tempat berbeza, semua makanan itu pasti sedap dan enak untuk seluruh rakyat Malaysia. Di Johor juga tidak kurang hebatnya, hampir di setiap sudut di negeri ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang sangat unik dan sedap. Mai Singgah akan menceritakan sedikit tentang makanan tradisional di Johor ini.

1.Laksa Johor

Walaupun hamper setiap negeri mempunyai resipi laksa tersendiri, Lakso Johor agak berbeza dengan resipi negeri lain kerana mee yang digunakan adalah dari jenis spaghetti. Kuahnya pula agak pedas dan pekat sambil dihidangkan dengan sambal belacan.

2.Mee Bandung Muar 











Makanan yang sangat popular di kalangan penduduk Muar ini telah menarik minat dari seluruh Malaysia untuk datang ke Muar dan mencuba mee ini. Dimasak sekali dengan makanan laut, aromanya yang memikat pasti meyakinkan anda mengapa orang ramai dari serata Malaysia datang ke sini untuk mencuba sendiri Mee Bandung Muar.

3.Mee Rebus Johor










Kuah mee rebus ini membezakan rasanya daripada mee rebus di negeri-negeri lain. Kalau di tempat lain kuahnya ialah sup, di Johor pula kuah mee rebus agak pekat dan tidak rasa seperti sup. Rasanya sungguh enak dan sesuai walaupun warnanya agak aneh.

4.Kacang Pool











Roti bakar yang dihidang bersama kuah pekat berempah ini menjadi pilihan buat penduduk Johor untuk minum petang atau sarapan pagi. Rasa kuahnya yang mengandungi rempah kurma dan beriyani pasti membuatkan anda menjilat licin mangkuk tersebut.

5.Roti Kirai














Roti ini yang dikenali sebagai Roti Jala di negeri lain mempunyai rasa yang agak sama seperti yang lain. Selain nama panggilannya yang berbeza, rasa kari yang dihidangkan bersama roti kirai ini agak berbeza mengikut cita rasa masing-masing.


Bahan-bahan diperlukan:
  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..
#SELAMAT MENCUBA

HARI INI KITA BELAJAR BAB SEJARAH PULAK ..


Johor Bahru (Sebutan bahasa Malaysia: [ˈjohorˈbahru]tulisan Jawi: جوهر بهرو , juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah bandaraya, ibu negeri dan daerah di JohorMalaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan ''bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 876,000 orang[4] di kawasan Pusat Bandaraya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang melebihi 2.4 juta orang di kawasan Metropolitan Iskandar Malaysia (Pasir GudangIskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai dan sebahagian Pontian). Jika digabungkan dengan orang Singapura datang ke Johor Bahru, jumlah penduduknya ialah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya paling selatan di tanah besar ataupun bandaraya southern corridor, Malaysia. Pasir Pelangi, pekan diraja terletak di Johor Bahru.
Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrianperdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan ialah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Johor Bahru terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding dengan Pulau Pinang. Banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar ini. Terdapat juga rel kelajuan tinggi yang bertolak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur.


KERABU IKAN BILIS





Bahan:Ikan bilis - digoreng garing

Bhn hiris:Timun (suka timun jepun lagik sbb kaler dia yg hijau mengancam)
Carrot
Bwg besor
Cili padi

Tomato - ptg dadu
Cili capsicum - ptg dadu
Garam
Gula
Perahan asam limau

CaraGaul kesemua bhn di atas.


#selamatmencuba..

Saturday 21 July 2018





2,000 sertai Maraton Separuh Runkawi 2018 

LANGKAWI : Seramai 2,000 peserta dalam dan luar negara bakal bersaing dalam larian senja Maraton Separuh Runkawi 2018 yang berlangsung 14 Julai 2018 yang lalu. Seramai 500 peserta sudah mengesahkan larian bagi kategori separuh maraton 21 kilometer (km), 300 orang (10km) dan 1,200 mendaftar untuk larian santai 5 km.



Faizal Tahir - Gemuruh Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyal...