Wednesday, 25 July 2018

Keistimewaan Makanan Di Johor

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan yang mengikut ciri-ciri tempatan. Walaupun setiap tempat berbeza, semua makanan itu pasti sedap dan enak untuk seluruh rakyat Malaysia. Di Johor juga tidak kurang hebatnya, hampir di setiap sudut di negeri ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang sangat unik dan sedap. Mai Singgah akan menceritakan sedikit tentang makanan tradisional di Johor ini.

1.Laksa Johor

Walaupun hamper setiap negeri mempunyai resipi laksa tersendiri, Lakso Johor agak berbeza dengan resipi negeri lain kerana mee yang digunakan adalah dari jenis spaghetti. Kuahnya pula agak pedas dan pekat sambil dihidangkan dengan sambal belacan.

2.Mee Bandung Muar 











Makanan yang sangat popular di kalangan penduduk Muar ini telah menarik minat dari seluruh Malaysia untuk datang ke Muar dan mencuba mee ini. Dimasak sekali dengan makanan laut, aromanya yang memikat pasti meyakinkan anda mengapa orang ramai dari serata Malaysia datang ke sini untuk mencuba sendiri Mee Bandung Muar.

3.Mee Rebus Johor










Kuah mee rebus ini membezakan rasanya daripada mee rebus di negeri-negeri lain. Kalau di tempat lain kuahnya ialah sup, di Johor pula kuah mee rebus agak pekat dan tidak rasa seperti sup. Rasanya sungguh enak dan sesuai walaupun warnanya agak aneh.

4.Kacang Pool











Roti bakar yang dihidang bersama kuah pekat berempah ini menjadi pilihan buat penduduk Johor untuk minum petang atau sarapan pagi. Rasa kuahnya yang mengandungi rempah kurma dan beriyani pasti membuatkan anda menjilat licin mangkuk tersebut.

5.Roti Kirai














Roti ini yang dikenali sebagai Roti Jala di negeri lain mempunyai rasa yang agak sama seperti yang lain. Selain nama panggilannya yang berbeza, rasa kari yang dihidangkan bersama roti kirai ini agak berbeza mengikut cita rasa masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Faizal Tahir - Gemuruh Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyal...